Ya ALLAH
Ku telah menzalimi diriku
Kau ampunilah segala dosa-dosaku
Ku menyesal Ya ALLAH
Ku bertaubat pada Mu
Ku tidak mahu mengulangi kesilapanku lagi
Ku mohon pada Mu Ya ALLAH
Namun...
Ku berasa tersangatlah malu
Untuk meminta keampunan dari Mu
Setiap kali ku bertaubat pada Mu
Setelah itu ku pasti melakukan kesilapan yang sama
Ku malu pada Mu Ya ALLAH
Adakah Kau akan menerima taubatku?
Ku tidak mahu melakukan dosa berterusan
Kau bimbingilah ku Ya ALLAH
Kau berilah petunjuk, hidayah kepadaku
Agar ku tidak mengulangi kesilapanku
Kau jadikanlah Taubatku ini
Taubat Nasuha Ya ALLAH
Taubat yang sebenar-benarnya
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pemurah
Engkaulah yang Maha pengampun
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat...
Ku yakin itu Ya ALLAH...












No comments:
Post a Comment