Alhamdulillah, bersyukur ku kehadrat Ilahi kerana
dengan kasih sayang-Nya ku di panjangkan umur dan diberikan sisa-sisa nafas
untuk ku meneruskan perjalananku menuju hari akhirat.
Pada tahun ini ku berasa sangat-sangat bersyukur
kepada Allah Taa’la kerana telah memakbulkan doa seluruh keluargaku untuk
melihat adik ku bersekolah semula. Sememangnya ujian Allah itu tersirat 1001
rahsia yang sangat berharga. Di saat ujian menimpa terasa tidak mampu untuk
menghadapi, namun pabila Allah telah memakbulkan doa hamba-Nya ujian tersebut
terasa tersangatlah manis. Ujian pahit apabila menghadapi tetapi manis apabila
sudah ditempuhi. Sebab apa?? Sebab Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak
tertanggung untuk hamba-Nya tempuh, Allah hanya akan memberikan ujian yang
sesuai dengan kemampuan hamba-hamba-Nya. Sungguh, Allah sayangkan kita J
Tahun ini merupakan semester yang terakhir bagiku. Lepas
ni dah nak grad!! Insya-Allah, semoga Allah permudahkan… tapi banyak lagi assignment
yang tak siap ni, dengan tesis lagi…huhuuu…
Biasa la kan, nama pun belajar. Mesti la banyak kerja
ye tak? Kalau tak banyak kerja bukan belajar namanya…
But, now I ada satu cerita nak khabaq kat hampa
semua..(awat cek cakap Kedah ni?)
Ceritanya, macam ni… hari tu duit PT dah masuk, so ku
pun keluarkanlah untuk kegunaan ku di Uni ini. Guna untuk banyar duit sewa
rumah, beli barang-barang rumah, beli buku (walaupun ada boucer)( beli buku
dari pensyarah mana pakai boucer,hihhii) dan sebagainya lagi. Dan pada satu
hari iaitu hari Sabtu, 27/2/2013 ku pun pergi pekan untuk keluarkan duit. Ku punya
kad bank A tapi disebabkan ramai sangat kat bank A ni, ku pun pergi la ke bank
B gunakan meps. (harap faham la ye guna nama samaran bank A dan bank B, maknanya
bank lain-lain, hehe)
Ku masukan kad, tekan password, tekan jumlah yang dikehendaki
dan mesin tu keluarkan kad ku semula dan…. Tup!!! Mesin ATM tu terpadam!! Black
out!! Nasib baik kad sempat keluar, tapi duit tak keluar! Mesin tu dah berbunyi
untuk duit keluar tapi tak sempat, huhhuuu…
Hurm, ku pergi ke ATM bank sebelah tapi black-out
jugak. Rupa-rupanya satu blok bangunan tu ATM dia black out.
So, ku pun pergi la ke bank yang terletak di blok
bangunan yang bersebelahan. Alhamdulillah, mesin ATM bank tu tak black out. So,
ku pun buat perkara yang sama, macam orang selalu buat masa nak keluarkan duit
dari bank la. Masukkan kad, tekan password, tekan jumlah dan kad dikeluarkan
semula tunggu duit sehinnga keluar and ku tekan button No untuk resit baki
sebab bank lain kan, bukan dia tunjuk baki pun.
Ku pun gunakanlah duit tu untuk banyak duit sewa rumah
dan sebagainya (seperti yang telah diterangkan di atas)
Beberapa minggu selepas itu, ku pun pergi pasar malam
hari Sabtu dan pergi bank untuk keluarkan duit. Kali ini ku tidak menggunkan
meps tetapi guna bank ku sendiri iaitu bank A.
Akan tetapi, apabila ku keluarkan duit dan baki dalam
akuan menunjukkan yang duit ku hanya tinggal RM 41!! and something (tak ingat
berapa sen,huhu)
Ya Allah!! Biar betul??! Pada masa tu otak ku tidak
dapat berfungsi dengan baik, dunia seperti berputar-putar, batu besar seperti
menghempap kepalaku, tangan dan kaki seperti berada dalam peti ais (sejuk!!)
menggigil…
Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?? Kenapa duit
tinggal banyak ni je?? Siapa yang keluarkan duit ku ni??
Nasib baik ada kawan ku sekali waktu tu. Kalau tak,
tak tahu la ku tahu jalan balik rumah nanti, almaklumlah terkejut dugong la katakan..huhuuk..
Ku dan kawanku buat double cek, tengok lagi sekali. Mana
la tau kot-kot ATM salah tulis baki ke.. akan tetapi ianya tidak dapat mengubah
apa-apa. Ku kena terima kenyataan yang baki duit ku tinggal RM 41 !!!
Di takdirkan Allah, ada kakak pekerja bank yang
bertugas pada hari itu (tugas luar kot) dan kami bertanya kepada beliau dan
beliau menyuruh kami membuat penyata akaun keluar di mesin yang bersebelahan
dengan mesin ATM (tak pasti apa nama mesin tu yang sebenar, huhu)
Dan… memang sah!! Pada penyata tu ada 2 kali
pengeluarkan berlaku pada hari yang sama dan jumlah yang sama!!
Hari - 27/3/2013 Pengeluaran
– RM 800
Hari – 27/3/2013 Pengeluaran
– RM 800
Ya Allah, pada masa tu otak ku memang tak dapat
berfungsi!! Jem!!
Ku istigfar, selawat dan baca pelbagai jenis zikir dan
doa. Ya Allah, hanya pada-Mu tempatku berserah dan memohon.
Pada saat tu baru ku teringat tentang kejadian ‘ATM
black out’ beberapa minggu sebelum ni. (cerita seperti yang telah diterangkan
di atas)
Kakak bank tu pun terangkanlah pada ku cara-cara untuk
‘meng-adakan’ semula duit ku di dalam bank dan perbetulkan baki akaun ku.
Cara yang nampak simple tapi…
Caranya, pergi buat laporan ke bank A dan bank B.
selesai…
Sekiranya kes tu berlaku pada ATM bank kad ku sendiri (faham-faham
la ye) tak lama pun kena tunggu, mungkin dalam beberapa hari je, tapi disebabkan
ku menggunakan meps (bank lain) maka dengan itu ku terpaksa menunggu paling
cepat satu bulan untuk duit tu masuk semula…
Pegawai bank B menasihati ku supaya tidak menggunakan
meps sewaktu ‘Hari Gaji’ (istilah yang digunapakai). Almaklumlah, mesin pun
macam manusia jugak, penat dan kadang-kadang boleh berlakunya black out.
So, dikesempatan ini ku menasihati kepada para pembaca
yang sudi membaca post pada kali ini dengan nasihat yang sama yang digunakan
oleh pegawai bank tu iaitu JANGAN MENGGUNAKAN MEPS SEWAKTU HARI GAJI. Wallahua’lam
p/s : Ujian dari ALLAH untuk mendidik diri ini supaya menjadi
insan yang senantiasa bersabar dan berjimat.













No comments:
Post a Comment